Tarikh    : 13 Februari 2018
Masa     : 3.30 petang - 5.30 petang
Lokasi   : Bilik Training PI1M PPR Simpang Perdana
Peserta : 8 orang

 

 

Tujuan

Kelas ini diadakan bertujuan untuk mengajar  peserta  menggunakan microsoft powerpoint yang betul untuk membuat slide. Kelas ini memberikan pengetahuan baru kepada peserta selain menggunakan microsoft office.

Aktiviti

Petugas memberikan sedikit sebanyak penerangan mengenai microsoft powerpoint kepada peserta. Petugas memberikan tajuk kepada peserta untuk dibuat slide dan peserta perlu membuat membentangkan silde masing-masing di hadapan peserta lain.

Gambar Disini

 

Tarikh     : 12 Februari 2018
Masa     : 3.30petang - 5.30petang
Lokasi   : Bilik Training PI1M PPR Simpang Perdana
Peserta : 4 orang

 

 

Tujuan

Kelas e-pembelajaran (Keyboard Challenge) ini memberi peserta satu peluang untuk menunjukkan bakat masing-masing menggunakan keyboard komputer dengan betul. Peserta dapat belajar cara untuk menaip dengan pantas dan meletakkan huruf,tanda,nombor yang diberi ditempat yang betul.

Aktiviti

Petugas memberikan sedikit penerangan dan menunjukkan beberapa langkah kepada peserta cara untuk bermain (keyboard challenge) dan diikuti oleh peserta. 

Gambar Disini

Tarikh : 20 Januari 2018
Masa : 3:00 Petang - 5:00 Petang
Lokasi : Bilik Training Pi1M PPR Simpang Perdana
Peserta : 2 orang (Usahawan)

 

 

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk melatih para usahawan mempromosikan produk mereka di dalam media sosial seperti facebook dan instragram.

Aktiviti

Memberi pendedahan kepada usahawan dan belia tentang cara mempromosikan produk perniagaan mereka di dalam laman sosial baru iaitu facebook dan Instagram

Gambar DiSini

Tarikh     : 09 Februari 2018
Masa      : 3.00petang - 5.00petang
Lokasi    : Bilik Training PI1M PPR Simpang Perdana
Peserta  : 6 orang

 

 

Tujuan

Kelas KDB ( cyber buli ) ini diadakan bertujuan untuk memberitahu kepada para peserta mengenai bagaimana buli siber berlaku, golongan mana yang sentiasa menjadi mangsa buli siber. Melalui kelas ini,peserta dapat mempelajari cara-cara untuk mengelakkan diri menjadi mangsa buli siber pada masa akan datang.

Aktiviti

Petugas memberikan sedikit penerangan mengenai maksud buli siber.Selain itu juga,peserta juga akan dipertontonkan beberapa jenis video buli siber yang sering kali terjadi pada masa kini.

Gambar Disini

Tarikh       : 28 Januari 2018
Masa        : 10 pagi -12 petang
Lokasi      : PI1M PPR Simpang Perdana
Peserta    : 6 orang

 

 

Tujuan

Pemeriksaan kesihatan diadakan untuk memberi galakkan dan peluang kepada orang ramai untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Secara tidak langsung mereka dapat mengetahui tahap kesihatan mereka.Pemeriksaan kesihatan sebenarnya penting untuk membantu kita mengesan simptom awal sebarang penyakit.

Aktiviti

Petugas mengambil sedikit butiran peribadi peserta seperti berat,umur,ketinggian sebelum memulakan pemeriksaan kesihatan. Peserta juga akan diberi beberapa cara untuk menjaga kesihatan sebagai langkah pencegahan penyakit.

Gambar Disini