KUALA SEPETANG ECO TOURISM
Hutan Paya Laut Matang berkeluasan 101,877 hektar, mempunyai 198 hutan simpanan kekal yang menempatkan pelbagai spesis flora dan fauna dari ekosistem persisiran pantai dan kawasan hutan paya laut. Keindahan panorama dirian bakau yang mempunyai akar jangkang yang unik serta dirian pokok yang seragam akan membawa satu ketenangan yang tidak dapat dilupakan.
Hutan ini mempunyai pelbagai tarikan utama yang menarik seperti Hutan Simpanan Dara (Virgin Jungle Reserve), kawasan proto sejarah di Pulau Kelumpang, Hutan Pelajaran dan Penyelidikan (Eko-Pelajaran), aktiviti menangkap kerang, dapur arang kayu, perkampungan nelayan dan penternakan ikan dalam sangkar. Di samping itu, pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti memancing, berkhemah dan membuat penyelidikan tentang hutan paya bakau.
Kemudahan-kemudahan yang disediakan:
Pentas dan dewan serbaguna
Ruang makan
Tapak khemah
Tapak semaian (Penyelidikan)
Boardwalk
Papan maklumat
Penginapan
Pengangkutan Dalaman (Air)
Surau
Tempat Letak Kereta
Tandas dan Bilik Mandi
Pemandu Pelancong
Untuk keterangan pengunjung boleh menghubungi:
Pejabat Hutan Daerah
Jalan Muzium Hulu, 34000, Taiping
Tel : 05 - 807 2762
KOLAM AIR PANAS TRONG
Kolam Air Panas ini terletak di kawasan Batu 9,Trong,Perak.Kolam ini digelar Kolam Air Panas Perubatan kerana khasiatnya yang dapat mengubati penyakit kulit dengan izin Allah S.W.T. Antara aktiviti yang boleh dilakukan disini ialah mandian herba,merendam kaki dan mandi di kolam air panas yang disediakan. Pengunjung boleh memilih samada ingin merendam kaki atau madi secara terbuka atau dalam bilik khas yang disediakan. Caj yang dikenakan adalah berpatutan.
Rujukan : https://ms.wikipedia.org/wiki/Kolam_Air_Panas_Trong
Sumber : http://www.kualasepetang.com/2013/01/kolam-air-panas-perubatan-bt-9-trong.html
AIR TERJUN PECAH BATU, TRONG
Air Terjun Pecah Batu merupakan tempat rekreasi yang terletak di kawasan Trong, Perak. Penduduk sekitar mengunjungi tempat ini untuk menikmati keindahan alam sekitar yang hijau dan nyaman. Bagi mereka yang gemar melakukan aktiviti treking Air Terjun Pecah Batu juga boleh dikunjungi. Selain bermandi-manda pengunjung boleh membuat barbeque sambil menikmati kesegaran suasana di sini.
Sumber Gambar : http://www.waterfallsofmalaysia.com/30trong.php
KOMPLEKS SEJARAH MATANG
Kompleks Sejarah Matang(dahulunya dikenali sebagai Kompleks Sejarah Kota Ngah Ibrahim) yang terletak di Bukit Gantang, Matang (dulu Permatang), Perak, telah dibina oleh Ngah Ibrahim yang bergelar Orang Kaya Menteri Paduka Tuan adalah anak kepada Cek Long Jaffar orang Melayu pertama tahun 1840 membuka perusahaan lombong bijih timah di kawasan Larut, Matang dan Selama. Kompleks ini adalah merupakan sebuah bangunan yang beliau jadikan sebagai rumah, kota dan juga pusat pentadbiran Larut dan ditempatkan di kawasan seluas 0.8094 hektar. Bangunan ini dibina hanya menggunakan bahan-bahan yang terdiri daripada batu- bata sahaja.
HUTAN PAYA LAUT MATANG
Hutan Paya Laut Matang berkeluasan 101,877 hektar, mempunyai 198 hutan simpanan kekal yang menempatkan pelbagai spesis flora dan fauna dari ekosistem persisiran pantai dan kawasan hutan paya laut.
Hutan ini mempunyai pelbagai tarikan utama yang menarik seperti Hutan Simpanan Dara (Virgin Jungle Reserve), kawasan proto sejarah di Pulau Kelumpang, Hutan Pelajaran dan Penyelidikan (Eko-Pelajaran), aktiviti menangkap kerang, dapur arang kayu, perkampungan nelayan dan penternakan ikan dalam sangkar. Di samping itu, pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti memancing, berkhemah dan membuat penyelidikan tentang hutan paya bakau.