Tarikh       : 12 Januari 2018
Masa       : 3 petang - 5 petang
Lokasi     : Bilik Training PI1M PPR Simpang Perdana
Peserta   : 8 orang

 

 

Tujuan

Kelas Klik dengan Bijak ini diadakan bertujuan untuk berkongsi beberapa cara untuk mengenalpasti identiti palsu. Menerusi kelas KDB ini dapat memberi kesedaran kepada para peserta mengenai bahaya berkongsi identiti seperti gambar dan maklumat peribadi dilaman sosial contoh di facebook,instagram dan lain-lain lagi.

Aktiviti

Petugas memberikan sedikit penerangan dan informasi mengenai cara penggunaan internet dan laman sosial yang betul. Petugas juga memberikan beberapa cara untuk mengenal pasti identiti palsu agar peserta boleh menggunakan di masa akan datang.

Gambar Disini

Tarikh      : 23 Disember 2017
Masa       : 10pagi - 12tengahari
Lokasi     : PI1M PPR Simpang Perdana 
Peserta   : 8 orang

 

 

Tujuan

Kelas asas solekan diadakan bertujuan mengajar para peserta mengenai cara untuk bersolek dengan betul. Selain itu, kelas ini juga mengajar para peserta beberapa teknik penjagaan wajah yang betul.

Aktiviti

Petugas menjemput dua orang jurusolek untuk mengajar beberapa teknik penjagaan wajah dan juga mengajar cara-cara untuk melakukan solekan pada wajah. Peserta akan mengikuti beberapa arahan yang diberikan oleh jurusolek untuk melakukan solekan di wajah masing-masing.

Gambar Disini

 

 

 

Tarikh      : 16 Disember 2017
Masa       : 10.30pagi - 12.30petang
Lokasi     : Bilik Training PI1M PPR Simpang Perdana
Peserta   : 5 orang

 

 

Tujuan

Kelas intel easy steps ini diadakan bertujuan untuk mengajar peserta mengenai cara menggunakan komputer dengan betul. Selain itu,peserta juga akan diajar menggunakan microsoft office dengan lebih teliti dan terperinci.

Aktiviti

Peserta akan diterangkan mengenai cara penggunaan asas komputer dan cara asas menggunakan semua microsoft office mengikut silibus yang telah diberikan.

Gambar Disini

Tarikh      : 17 Disember 2017
Masa       : 9pagi - 11pagi
Lokasi     : PI1M PPR Simpang Perdana
Peserta   : 9 orang

 

 

Tujuan

Pemeriksaan kesihatan ( IHealth ) ini diadakan bertujuan untuk mengalakkan komuniti untuk membuat pemeriksaan kesihatan mereka. Melalui pemeriksan kesihatan,para peserta dapat mengetahui tahap kesihatan mereka dan boleh memupuk sikap pentingkan kesihatan diri.

Aktiviti

Petugas memberikan sedikit penerangan cara penggunaan dan cara untuk membuat pemeriksaan terhadap peserta. Peserta perlu memberikan beberapa maklumat mengenai berat badan,ketinggian dan lain-lain kepada petugas sebelum pemeriksaan kesihatan dijalankan.

Gambar Disini

Tarikh       : 15 Disember 2017
Masa        : 3.30petang - 5.30petang
Lokasi      : Bilik Training PI1M PPR Simpang Perdana
Peserta    : 7 orang

 

 

Tujuan

Pertandingan poster (kembali ke sekolah) ini memberi ruang kepada para peserta untuk bertanding membuat poster masing-masing mengikut kreativiti tersendiri. Pertandingan poster ini dapat membolehkan peserta mengeluarkan idea tersendiri mengikut tema yang diberi iaitu kembali ke sekolah.

Aktiviti

Petugas memberikan tema poster iaitu kembali ke sekolah kepada peserta. Peserta perlu memcipta poster tersendiri berdasarkan tema yang telah diberi dalam masa yang telah ditetapkan.

Gambar Disini