Tarikh      : 6 Mei 2018
Masa       : 4.00 petang - 6.00 petang
Lokasi     : Bilik Training PI1M PPR Simpang Perdana
Peserta   : 8 orang

 

 

Tujuan

Kelas ini diadakan bertujuan untuk menguji minda peserta untuk lebih berfikir dengan lebih pantas untuk menyelesaikan soalan.

Aktiviti

Kelas e-learning ini telah dihadiri oleh 8 orang peserta yang terdiri dari pelajar sekolah rendah. Kelas ini memerlukan para peserta untuk berfikir dengan pantas untuk menjawab soalan bagi mendapatkan perkataan BINGO.

Gambar Disini

Tarikh      : 5 Mei 2018
Masa       : 3.30 petang - 5.30 petang
Lokasi     : Bilik Training PI1m PPR Simpang Perdana
Peserta   : 7 orang

 

 

Tujuan

Kelas KDB ini diadakan untuk memberi informasi dan penerangan kepada peserta mengenai kebaikan dan keburukan apabila melayari internet dan pelbagai cara untuk mengelakkan menjadi mangsa buli,penipuan siber.

Aktiviti

Kelas telah dihadiri seramai 7 orang peserta yang terdiri dari pelajar sekolah rendah dan juga menengah. Petugas memberikan beberapa penerangan mengenai klik dengan bijak,mkasud penipuan siber,buli siber dan sebagai kepada peserta. Selain itu, peserta juga perlu menjawab beberapa soalan yang diberi oleh petugas selepas habis sesi penerangan.

Gambar Disini

Tarikh      : 22 April 2018
Masa       : 3.30 petang - 5.30 petang
Lokasi     : Bilik Training PI1M PPR Simpang Perdana
Peserta   : 7 orang

 

 

Tujuan

Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai kebaikan dan keburukan penggunaan teknologi kepada diri sendiri.

Aktiviti

Kelas Klik Dengan Bijak ini telah dihadiri seramai 7 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Petugas menunjukkan beberapa slide dan video kepada peserta mengenai kebaikan dan juga keburukan mengunakkan teknologi kepada diri sendiri,masyarakat dan negara.

Gambar Disini

Tarikh      : 23 April 2018
Masa      : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi    : Bilik Training PI1M PPR Simpang Perdana
Peserta  : 4 orang

 

 

Tujuan

Kelas kuiz online ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada peserta menunjukkan bakat dan pengetahuan dalam subjek Bahasa melayu.

Aktiviti

Kelas ini dihadiri seramai 4 orang peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Kelas ini memerlukan peserta menjawab semua soalan-soalan kuiz Bahasa Melayu tahap pembelajaran sekolah rendah.

Gambar Disini

Tarikh      : 21 April 2018
Masa       : 3.30 petang - 5.30 petang
Lokasi     : Bilik Training PI1M PPR Simpang Perdana
Peserta   : 6 orang

 

 

Tujuan

Bengkel perkakasan komputer ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan kepada peserta jenis-jenis komponen komputer. Selain itu,peserta juga dapat mempelajari dan mengenali jenis-jenis perkakas komputer dan cara penggunaannya.

Aktiviti

Bengkel perkakasan komputer ini dihadiri seramai 6 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan juga menengah. Petugas menunjukkan beberapa gambar dan juga fungsi setiap perkakas yang ditunjukkan. Selepas diterangkan oleh petugas,peserta diberi beberapa soalan mengenai perkakasan komputer yang perlu dijawab oleh peserta.

Gambar Disini