KEMUDAHAN PUSAT INTERNET KOMUNITI UNTUK PdPR
 
IPOH, 26 Jan: Para pelajar yang mempunyai kesulitan untuk menjalankan Pelaksanaan Pembelajaran dan Pengajaran dari Rumah (PdPR) ekoran tiada peranti mahupun talian internet, boleh memanfaatkan fasiliti yang disediakan di Pusat Internet Komuniti (PIK) berhampiran mereka.
 
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Khairul Shahril Mohamed berkata perkara itu penting bagi memenuhi keperluan para pelajar di samping memastikan tiada yang ketinggalan dalam PdPR.
 
"Perak mempunyai keseluruhan 66 buah Pusat Internet Komuniti dan kesemua Pusat Internet Komuniti ini beroperasi dari jam 9 pagi hingga 6 petang.
"Kita memahami norma baharu yang kini banyak bergantung kepada pembelajaran secara maya berikutan pandemik COVID-19.
"Diharapkan mereka yang berkenaan dapat menggunakan kemudahan yang disediakan di 12 daerah di negeri ini, sedikit sebanyak membantu pelajar yang tiada gajet atau talian internet,"katanya.
 
Khairul turut menyenaraikan bilangan PIK di negeri ini dan nombor untuk dihubungi sekiranya orang ramai mempunyai pertanyaan lanjut.
Daerah yang mempunyai PIK termasuk Batang Padang, Kerian, Perak Tengah, Larut dan Matang, Bagan Datuk, Manjung, Hilir Perak, Kinta, Selama, Kampar, Hulu Perak dan Kuala Kangsar.
 
- Suara Perak

 

135518602_1037557710104797_339592348582206648_o.jpg

 

 

Assalamualaikum dan selamat pagi, Berita baik untuk komuniti PPR Simpang Perdana.

Kini Pusat Internet PPR Simpang Perdana melanjutkan waktu operasi Isnin - Jumaat sehingga pukul 9 malam bermula hari ini 8 Januari 2021 (Jumaat).

Ini adalah untuk membantu para pelajar menggunakan kemudahan komputer dan akses internet untuk sesi pembelajaran dan persediaan menghadapi peperiksaan yang akan datang.

Untuk penggunaan komputer bermula jam 6 petang hingga 9 malam, pelajar atau pengguna perlu membuat temujanji terlebih dahulu dengan petugas. Sekian harap maklum.

 

 

Tarikh      : 18 Oct 2020

Tempat    : Pusat Internet PPR Simpang Perdana

Tarikh      : 05 Oct 2020

Tempat    : Pusat Internet PPR Simpang Perdana