Tarikh        : 27 Januari 2018
Masa         : 3 petang - 5 petang
Lokasi       : Bilik Training PI1M PPR Simpang Perdana     
Peserta     : 10 orang

 

 

Tujuan

Bengkel dashboard (Myshop) ini diadakan bertujuan untuk menunjukkan pelbagai produk yang dikeluarkan atau produk yang dijual oleh warga tempatan di seluruh Malaysia. Peserta juga diajar cara-cara untuk memasukkan gambar dan juga penerangan mengenai produk mereka. Selain itu, peserta juga dapat mengetahui pelbagai jenis produk atau perniagaan yang dibuat oleh warga tempatan.

Aktiviti

Petugas memberikan sedikit sebanyak penerangan mengenai myshop kepada peserta. Peserta boleh memasukkan gambar produk mereka dan memasukkan penerangan mengenai produk mereka.

Gambar Disini

 

Tarikh       : 21 Januari 2018
Masa        : 3.30 petang - 5.30 petang
Lokasi      : Bilik Training PI1M PPR Simpang Perdana
Peserta    : 8 orang

 

 

Tujuan

Kelas ini berunsurkan permainan pendidikan yang dipanggil BINGO GAME. Permainan ini diadakan untuk meningkatkan daya pemikiran peserta untuk berfikir menyelesaikan permainan tersebut.

Aktiviti

Permainan ini memerlukan para peserta menjawab beberapa soalan yang diberi untuk menyelesaikan perkataan BINGO. Peserta perlu menjawab beberapa soalan seperti matematik,pengetahuan am,sains dan sebagainya.

Gambar Disini

Tarikh       : 14 Januari 2018
Masa        : 3petang - 5petang
Lokasi      : Bilik Training PI1M PPR Simpang Perdana
Peserta    : 10 orang

 

 

Tujuan

Bengkel asas komputer ini diadakan untuk mengajar peserta mengenai perkakas komputer dan cara penggunaan komputer yang betul. Selain itu,bengkel ini juga turut mengajar para peserta cara-cara untuk menjaga komputer agar tidak mudah rosak.

Aktiviti

Pengajar menunjuk beberapa jenis perkakas komputer kepada peserta dan menerangkan kegunaan perkakas tersebut agar tidak disalahgunakan oleh peserta di masa depan.Petugas juga memberikan beberapa kuiz kepada peserta.

Gambar Disini

 

Tarikh        : 19 Januari 2018
Masa         : 3 petang - 5 petang
Lokasi       : Bilik Training PI1M Simpang Perdana
Peserta     : 5 orang

 

 

Tujuan

Kelas intel easy steps ini mengajar para peserta mengenai cara-cara asas dalam memulakan sesuatu pekerjaan dan juga perniagaan. Kelas ini juga dapat meningkatkan pengetahuan dalam bidang intel dari masa ke semasa.

Aktiviti

Petugas memberikan sedikit sebanyak penerangan mengenai cara-cara asas untuk peserta memulakan sesuatu pekerjaan mahupun perniagaan.

Gambar Disini

Tarikh       : 13 Januari 2018
Masa        : 10 pagi - 12 tengahari
Lokasi      : PI1M PPR Simpang Perdana
Peserta    : 1 orang

 

 

Tujuan

Bengkel Microsoft office word ini diadakan bertujuan untuk mengajar peserta mengenai cara menggunakan microsoft word dengan betul untuk membuat dokumen, menaip dan sebagainya.

 

Aktiviti

Peserta ingin membuat poster bertemakan "Benefits of Savings Money in Account Bank". Petugas telah memberi tunjuk ajar bagaimana untuk menyimpan gambar dari laman website google ke dalam microsoft word, menukar saiz dan fonts.

Gambar Disini