Tarikh      : 7 Febuari 2019
Masa       : 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi     : Pusat Internet Kg.Baru Pokok Assam
Peserta   : 6 orang

 

TUJUAN

Tujuan kelas ini diadakan bagi menguji kepantasan dan kecekapan para pelajar untuk menaip dengan betul. Selain itu ia juga bertujuan untuk memberi tunjuk ajar dalam menggunakan perisian Microsoft Word sebagai persedian untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

 

AKTIVITI

Menggunakan microsoft word disamping mempraktiskan kegunaan perisian microsoft word dan juga e-learning 'typing'.

 

gambar disini

 

Tarikh      : 17 Febuari 2019
Masa       : 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi     : Pusat Internet Kg.Baru Pokok Assam
Peserta   : 8 orang

 

 

TUJUAN

Kelas ini bertujuan untuk mengulangkaji pelajaran dan menghafal sifir dengan cara yang mudah bagi pelajar tahun 5 dan tahun 6 yang bakal menghadapi UPSR.Selain itu mereka juga diberi tunjuk ajar bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang mereka tidak faham semasa belajr di sekolah.

AKTIVITI

Menghafal sifir dengan cara yang senang. Selain itu mereka diajar bagaimana menyelesaikan permasalahan matematik dengan cara yang paling mudah.

 

gambar disini

Tarikh      : 08 Januari 2019
Masa       : 2.30 petang - 5.30 petang
Lokasi     : Pusat Internet Kg.Baru Pokok Assam
Peserta   : 5 orang

 

 

Tujuan

Kelas KDB (Buli Siber) ini diadakan bertujuan untuk memberitahu kepada para peserta mengenai bagaimana buli siber boleh berlaku,golongan mana yang sentiasa menjadi mangsa buli siber.Melalui kelas ini,peserta dapat mempelajari cara- cara untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa buli siber pada masa akan datang.

Aktiviti

Kelas ini telah dihadiri seramai 5 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Kelas KDB ( Buli Siber ) ini memerlukan peserta menonton beberapa video kejadian buli siber yang sering berlaku pada masa kini dan menjawab beberapa soalan yang diberikan oleh petugas.

Gambar Disini

Tarikh       : 09 Januari 2019
Masa        : 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi      : Pusat Internet Kg.Baru Pokok Assam
Peserta    : 4 orang

 

 

Tujuan

Kelas permainan pendidikan (BINGO) ini diadakan bertujuan untuk mengajar para peserta berfikir dengan lebih pantas untuk menyelesaikan soalan yang diberikan untuk mendapatkan perkataan BINGO .

Aktiviti

Kelas ini dihadiri seramai 4 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Menerusi permainan BINGO ini peserta perlu menjawab beberapa soalan sebelum dapat melengkapkan perkataan BINGO untuk menang.

Gambar Disini

Tarikh   : 17 November 2018

Masa    :8.00 pagi- 3.00 petang

Lokasi  : Pusat Internet Muzium Telegraf Taiping

Peserta: 140 orang 

 

 

Tujuan

Hari Bersama Komuniti ini diadakan untuk memperkenalkan Pusat Internet Muzium Telegraf Taiping kepada komuniti setempat.

Aktiviti

Hari Bersama Komuniti ini telah diadakan di Pusat Internet Muzium Telegraf Taiping yang telah dihadiri seramai 140 orang terdiri daripada kanak-kanak, pelajar, belia dan ibu bapa. Antara aktiviti dijalankan ialah pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, QR barcode dan lain-lain.

Gambar Disini