Program Perumahan Rakyat (PPR) Simpang Perdana terletak di Batu 2 1/2 Simpang, berhampiran dengan Bandar Taiping, Perak dan telah siap diduduki pada 30 Disember 2013.

Terdapat sebanyak 915 buah unit rumah di PPR Simpang Perdana di mana setiap satunya berkeluasan 700 kaki persegi. Dilengkapi dengan 3 bilik tidur, 2 bilik mandi, dapur, ruang tamu dan ruangan jemuran.

Kemudahan asas yang disediakan di kawasan tersebut ialah tadika, perpustakaan, dewan serbaguna, kedai makan, gelanggang bola tampar, taman permainan kanak-kanak dan tempat letak kereta.

PEDi PPR Simpang Perdana telah di bina di bahagian bawah bangunan bersebelahan dengan gelanggang badminton. Pembinaan PEDi ini adalah di bawah pengurusan pihak SUK Negeri Perak.

Terdapat sebuah deretan kedai di bahagian hadapan kawasan perumahan PPR Simpang Perdana Taiping.