Tarikh     : 26 Februari 2018
Masa      : 3.30petang - 5.30petang
Lokasi    : Bilik Training PI1M PPR Simpang Perdana
Peserta  : 10 orang

 

 

Tujuan

Kelas E-Learning ini diadakan bertujuan untuk memupuk minat peserta dan mengubah persepsi dimana menyatakan matapelajaran matematik adalah satu matapelajaran yang susah untuk difahami.

Aktiviti

Kelas ini dihadiri seramai 10 orang peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Petugas menerangkan sedikit sebanyak apakah yang dimaksudkan dengan matematik dan mengajar peserta menggunakan beberapa teknik yang betul untuk menjawab soalan matematik.

Gambar Disini

Tarikh      : 24 Februari 2018
Masa       : 10 pagi -12 tengahari
Lokasi     : PI1M PPR Simpang Perdana
Peserta   : 1 orang

 

 

Tujuan

Kelas ini memberi pendedahan kepada usahawan tentang cara membina ayat untuk mempromosi produk perniagaan mereka di dalam laman sosial seperti facebook dan Instagram. 

Aktiviti

Petugas mendapatkan sedikit informasi mengenai produk yang dijual oleh usahawan. Petugas mengajar beberapa teknik untuk mempromosikan produk di laman sosial seperti facebook,instagram dan lain-lain.

Gambar Disini

Tarikh     : 20 Februari 2018
Masa     : 3.30petang - 5.30petang
Lokasi   : Bilik Training PI1M PPR Simpang Perdana
Peserta : 6 orang

 

 

Tujuan

Bengkel Perkakasan Komputer ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan kepada peserta perkakas-perkakas komputer. Ini kerana ramai pengguna tahu untuk menggunakan komputer tetapi tidak mengenali perkakas komputer. Secara tidak langsung,melalui bengkel ini peserta dapat mengetahui jenis dan nama serta penggunaan perkakas komputer.

Aktiviti

Petugas menunjukkan contoh-contoh perkakas komputer kepada peserta. Petugas turut juga memberikan soalan kepada peserta mengenai perkakas komputer.

Gambar Disini

Tarikh     : 23 Februari 2018
Masa      : 3.00petang - 5.00petang
Lokasi    : PI1M PPR Simpang Perdana
Peserta  : 5 orang

 

 

Tujuan

Pemeriksaan Kesihatan ini diadakan untuk memberi peluang kepada peserta untuk membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma. Petugas juga akan berkongsi beberapa langkah yang boleh diambil oleh peserta untuk menjaga kesihatan.

Aktiviti

Petugas melakukan pemeriksaan kesihatan dengan menggunakan alatan pemeriksaan yang telah disediakan. Peserta akan mengetahui tahap kesihatan masing-masing selepas ujian pemeriksaan dijalankan. 

Gambar Disini

Tarikh      : 18 Februari 2018
Masa       : 3.30 petang - 5.30 petang
Lokasi     : Bilik Training PI1M PPR Simpang Perdana
Peserta   : 8 orang

 

 

Tujuan

Kelas permainan pendidikan ( Jigsaw Puzzle ) ini diadakan bertujuan untuk menguji tahap daya ingatan peserta mengingati gambar yang telah diberikan. Selain itu, peserta juga dapat bersaing dengan peserta yang lain untuk menyiapkan gambar yang diberi.

Aktiviti

Petugas memberikan sedikit penerangan mengenai cara untuk memainkan permainan. Peserta menyelesaikan puzzle tersebut mengikut masa yang diberikan.

Gambar Disni