Tarikh       : 17 November 2017
Masa        : 3petang - 5petang
Lokasi      : Bilik Training PI1M PPR Simpang Perdana
Peserta    : 8 orang

 

 

Tujuan

Kelas Literasi KDB bertujuan memberikan pengetahuan kepada peserta mengenai penggunaan internet yang betul untuk mengelakkan segala penyalahgunaan internet.

Aktiviti

Kelas ini menunjukkan beberapa video dan juga penerangan kepada peserta mengenai penggunaan internet yang betul. Peserta dapat melihat beberapa contoh penyalahgunaan internet pada masa kini untuk diberikan sebagai panduan kepada peserta agar tidak menyalahgunakan internet.

Gambar Disini

Tarikh        : 6 November 2017
Masa        : 3petang - 5petang
Lokasi      : PI1M PPR Simpang Perdana
Peserta    : 6 orang

 

 

Tujuan

Kelas ini bertujuan mengajar peserta untuk menjadi lebih kreatif untuk merekacipta bentuk dengan menggunakan kertas.

Aktiviti

Kelas Origami ini memerlukan peserta memilih beberapa jenis bentuk seperti haiwan,barangan dan lain-lain kemudian peserta perlu melipat kertas tersebut dengan mengikuti beberapa langkah. Peserta dapat mengikuti cara lipatan dengan melihat beberapa langkah menerusi video yang dipaparkan.

Gambar Disini

Tarikh      : 04 November 2017
Masa       : 9.30pagi - 12.30petang
Lokasi     : Bilik Training PI1M PPR Simpang Perdana
Peserta   : 10 orang

 

 

Tujuan

Kelas ini memberi pengetahuan kepada peserta mengenai cara penggunaan Microsoft Office Publisher untuk membuat kad nama,kalendar dan lain-lain.

Aktiviti

Peserta diajar untuk menggunakan microsoft office publisher untuk membuat kad nama masing-masing. Petugas telah memilih 3 orang peserta yang paling kreatif membuat kad nama sendiri.

Gambar Disini

Tarikh      : 12 November 2017
Masa       : 10.30pagi - 12.30petang
Lokasi     : Bilik Training PPR Simpang Perdana
Peserta   : 5 orang

 

 

Tujuan

Kelas Intel (Microsoft PowerPoint) ini  mengajar peserta cara menggunakan teknik  slide untuk membuat presentasi.

Aktiviti

Kelas ini mengajar para peserta cara asas menggunakan microsoft powerpoint. Peserta membuat slide masing-masing dengan menggunakan kreativiti tersendiri dengan memasukkan audio,animasi,video dan sebagainya.

Gambar Disini

Tarikh       : 10 November 2017
Masa        : 3petang - 5petang
Lokasi      : Bilik Training PI1M PPR Simpang Perdana
Peserta    : 14 orang

 

 

Tujuan

Bengkel Dashboard ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai cara untuk menghebahkan dan berkongsi dengan komuniti mengenai lokasi tempat-tempat menarik.

Aktiviti

Bengkel dashboard (MyPlace) ini memerlukan peserta melayari dashboard komuniti dan memilih MyPlace untuk berkongsi dengan komuniti mengenai lokasi tempat-tempat yang menarik di Malaysia . Pada masa yang sama peserta juga dapat mengetahui lokasi tempat yang menarik yang turut dikongsi oleh komuniti.

Gambar Disini