Tarikh     : 24 March 2018
Masa      : 3.00 petang - 6.00 petang
Lokasi    : Bilik Training PI1M PPR Simpang Perdana
Peserta  : 8 orang

 

 

Tujuan

Kelas Microsoft Office Point ( Latarbelakang Saya ) ini diadakan bertujuan untuk mengajar peserta menggunakan microsoft office yang lain selain microsoft word yang selalu digunakan. Peserta dapat mengetahui pelbagai cara untuk membuat slide seperti memasukkan gambar,bunyi,video dan lain-lain lagi.

Aktiviti

Kelas ini telah dihadiri seramai 8 orang peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Petugas menerangkan format untuk membuat slide menggunakan microsoft office powerpoint kepada peserta. Peserta perlu membuat slide masing-masing mengikut kreativti tersendiri mengikut tajuk yang telah diberi oleh petugas.

Gambar Disini

Tarikh      : 23 March 2018
Masa       : 3.00petang - 6.00petang
Lokasi     : Bilik Training PI1M PPR Simpang Perdana
Peserta   : 8 orang

 

 

Tujuan

Kelas Microsoft Paint ini diadakan untuk menambah ilmu pengetahuan peserta menggunakan microsoft paint untuk melukis. Peserta dapat mempelajari beberapa teknik baru untuk melukis menggunakan microsoft paint.

Aktiviti

Kelas ini dihadiri seramai 8 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Petugas menunjukkan beberapa jenis video cara melukis menggunakan microsoft paint. Peserta melukis gambar yang ditunjukkan di dalam video sambil dibantu oleh petugas. Peserta juga digalakkan menggunakan kreativiti masing-masing semasa melukis gambar tersebut.

Gambar Disini

Tarikh       : 18 March 2018
Masa       : 3.00petang - 5.00petang 
Lokasi     : Bilik Training PI1M PPR Simpang Perdana
Peserta   : 7 orang

 

 

Tujuan

Kelas Microsoft Office Word (surat kiriman rasmi ) ini diadakan untuk mengajar peserta membuat surat kiriman rasmi dengan menggunakan microsoft word. Dengan adanya kelas ini,peserta dapat menulis surat rasmi menggunakan komputer berbeza dengan sebelum ini dimana memerlukan menulis surat rasmi menggunakan kaedah penulisan.

Aktiviti

Kelas ini dihadiri seramai 7 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan rendah. Peserta diberi sedikit penerangan format yang betul oleh petugas. Selesai diberi penerangan peserta perlu menaip surat kiriman rasmi masing-masing sambil dipantau dan dibantu oleh petugas.

Gambar Disini

 

Tarikh     : 20 March 2018
Masa      : 4.00petang - 6.00petang
Lokasi    : Bilik Training PI1M PPR Simpang Perdana
Peserta  : 8 orang

 

 

Tujuan

Bengkel dashboard komuniti (mykomuniti ) ini diadakan untuk memberi peluang kepada peserta untuk berkongsi pendapat masing-masing mengenai Pusat Internet 1 Malaysia. Peserta boleh memberikan pendapat melalui mykomuniti.

Aktiviti

Bengkel dashboard ini dihadiri seramai 8 orang peserta. Petugas memberikan sedikit perkongsian dan memberikan beberapa panduan cara untuk memasukkan pendapat masing-masing.

Gambar Disini

Tarikh     : 7 March 2018
Masa      : 3.30petang - 5.30petang
Lokasi    : Bilik Training PI1M PPR Simpang Perdana
Peserta  : 7 orang

 

 

Tujuan

Kelas E-Learning (ABCYa) ini diadakan untuk memberikan pendedahan baru kepada para peserta untuk belajar. Kelas ini melibatkan permainan pendidikan dimana peserta perlu menggunakan kreativiti masing-masing untuk menyelesaikan permainan yang diberikan.

Aktiviti

Kelas dihadiri seramai 7 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Petugas memberikan sedikit penerangan cara untuk menyelesaikan permainan yang memerlukan para peserta untuk berfikir dengan lebih kreatif dan cepat untuk menyelesaikan permainan yang diberi.

Gambar Disini