VILLA WARDAH HOMESTAY 

Villa Wardah Homestay ialah sebuah homestay banglo 1 tingkat yang dimiliki oleh Haji Faisal dan Hajah Khadijah Binti Yaacob. Ianya dibuka secara rasmi pada tahun 2013. Semenjak dibuka ianya telah menerima kunjungan daripada seluruh Malaysia. Homestay ini dibuka khas untuk penginap MUSLIM sahaja.

villawardah3

Bahagian Hadapan Villa Wardah

Terdapat 4 buah bilik yang ditawarkan di Villa Wardah iaitu Bilik Fatonah, Bilik Tabligh, Bilik Siddiq dan Bilik Amanah.

bilikTabligh  bilikSiddiq 

BILIK TABLIGH                                                     BILIK SIDDIQ

 bilikAmanah  bilikFatonah 

 BILIK AMANAH                                                     BILIK FATONAH

villawardah4

RUANG TAMU

Villa Wardah mempunyai ruang tamu yang luas sesuai untuk di diami oleh keluarga yang besar dan ramai. Keadaan villa yang bersih dan kemas memuaskan hati pengunjung yang menginap di villa ini.

Untuk pertanyaan lanjut dan tempahan boleh menghubungi Haji Faisal di talian 012- 4218476 atau Hajah Khadijah di talian 012-5856426. Atau boleh melayari laman web  http://villawardah.blogspot.sg/.

 Kilang Arang Koperasi Azam

Kilang Arang Koperasi Azam terletak di Kampung Dew, Selinsing berhampiran dengan Simpang. Arang- arang ini dihasilkan dari kayu bakau yang diperolehi dari Kuala Sepetang yang diangkut melalui Sungai Sepetang. Kayu-kayu ini diangkut menggunakan air sungai yang mengalir dan dibawa ke kilang untuk di proses.

aaa arang

Gambar sebelah kiri adalah tempat yang digunakan untuk membakar arang. Manakala gambar di sebelah kanan adalah arang yang telah siap diproses dan sedia untuk dipasarkan.

arang6 arang10

SUMBER : http://www.kualasepetang.com/p/charcoal.html

Hotel Casa Villa 

hotel

Hotel Casa Villa terletak di tengah-tengah Pekan Simpang dan dapat dilihat dari jalan utama dari lampu isyarat. Hotel ini berdekatan dengan kedai-kedai menjual pakaian dan barang keperluan lain.

 harga

Cafe Labu Labi

Cafe Labu Labi terletak di Simpang, Taiping. Cafe ini di usahakan oleh pasangan suami isteri dan di bantu oleh keluarga. Antara menu yang disediakan di cafe ini adalah makanan panas, minuman panas dan sejuk.

                                Tema Labu Labi                 Labu Labi Coffee

                     wall coffee

  

                                      Menu                           Bahagian Hadapan Kedai                        

                    menu front  

Cafe ini terletak di Simpang, bersebelahan dengan Kedai RM2. Mula beroperasi seawal pagi sehingga malam.Tempat ini menjadi tumpuan orang yang datang membeli-belah di kedai-kedai yang berdekatan. Selain itu, makanan yang disajikan juga sedap.Dari pengalaman saya sendiri, pelanggan tidak perlu menunggu lama untuk membuat pesanan dan mendapat makanan yang dipesan.

Sub-kategori