Tarikh       : 20 April 2018
Masa        : 3.30 petang - 5.30 petang
Lokasi      : Bilik Training PI1M PPR Simpang Perdana
Peserta    : 8 orang

 

 

Tujuan

Kelas e-learning (keyboard challenge) ini diadakan untuk menguji kecekapan dan kepantasan peserta menaip menggunakan keyboard komputer.

Aktiviti

Kelas ini dihadiri seramai 8 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan juga menengah. Petugas memberikan beberapa tips cara menggunakan keyboard untuk menaip dengan lebih pantas. Peserta diberi satu permainan yang dinamakan permainan Keyboard Challenge untuk menguji kecekapan dan kepantasan peserta menaip.

Gambar Disini

Tarikh       : 13 April 2018
Masa        : 4.00 petang - 6.00 petang
Lokasi      : Bilik Training PI1M PPR Simpang Perdana
Peserta    : 5 orang

 

 

Tujuan

Kelas Microsoft Office Word ini diadakan bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara-cara untuk membuat karangan jenis laporan melalui microsoft word. Peserta dapat mempelajari dan menimba ilmu baharu menggunakan microsoft word dimana sebelum ini peserta hanya membuat karangan menggunakan tulisan tangan.

Aktiviti

Kelas ini dihadiri seramai 5 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Petugas memberikan sedikit penerangan mengenai karangan laporan kepada peserta. Seterusnya peserta diberi tajuk oleh petugas mengenai laporan yang perlu dibuat.

Gambar Disini

Tarikh      : 08 April 2018
Masa       : 3.30 petang - 5.30 petang
Lokasi     : Bilik Training PI1M PPR Simpang Perdana
Peserta   : 7 orang

 

 

Tujuan

Kelas Microsoft office publisher ini diadakan untuk memberi pendedahan baru kepada peserta untuk membuat kad menggunakan microsoft office. Peserta dapat mempelajari pelbagai teknik untuk membuat kad hanya menggunakan komputer dan melalui microsoft office publisher.

Aktiviti

Kelas ini dihadiri seramai 7 orang yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Peserta dapat belajar pelbagai teknik untuk membuat kad melalui publisher. Selain itu,peserta dapat menonjolkan kreativiti tersendiri menerusi penghasilan kad tersebut.

Gambar Disini

Tarikh      : 11 April 2018
Masa       : 03.00 petang - 05.00 petang
Lokasi     : Bilik Training PI1M PPR Simpang Perdana
Peserta   : 8 orang

 

 

Tujuan

Kelas Microsoft Paint ini diadakan untuk mengajar peserta melukis gambar cupcake menggunakan komputer melalui Paint. Peserta akan dapat mempelajari pelbagai teknik untuk melukis gambar cupcake dengan hanya mengunakan microsoft paint.

Aktiviti

Kelas ini dihadiri seramai 8 orang peserta yang semua terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Petugas memberikan sedikit tunjuk ajar kepada peserta cara - cara untuk membuat gambar cupcake dan diikuti oleh peserta.

Gambar Disini

Tarikh     : 07 April 2018
Masa      : 10 pagi - 12 petang
Lokasi    : Bilik Training PI1M PPR Simpang Perdana
Peserta  : 7 orang

 

 

Tujuan

Bengkel Asas Komputer ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada kaum wanita terutama para ibu-ibu untuk belajar menggunakan komputer dan mengenali perkakas-perkakas komputer.

Aktiviti

Bengkel Asas Komputer ini dihadiri seramai 7 orang peserta yang terdiri daripada kaum wanita yang juga ibu-ibu. Petugas menberikan sedikit penerangan mengenai perkara-perkara asas komputer seperti perkakas komputer dan sebagainya. Petugas menunjukkan beberapa cara menggunakan komputer sambil diikuti oleh peserta.

Gambar Disini