KISAH KEJAYAAN/CELIK IT (Q4 2019) -PEMANTAPAN KEMAHIRAN DALAM PENGGUNAAN SOSIAL MEDIA

Nama       : Mohamad Nor Iman

Umur       : 18 Tahun

Ahli          : November 2018 

 

Latar belakang

Encik Iman merupakan seorang pelajar yang menuntut di Kolej Vokasional Taiping dan mengambil jurusan kimpalan. Beliau merupakan pelajar diploma tahun 1.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan ICT di PI, beliau kurang mahir dalam menggunakan sosial media dalam promosikan hasil kerja kimpalan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT, Encik Iman sudah mahir dalam penggunaan sosial media dengan lebih baik dan bermanfaat.

KISAH KEJAYAAN/USAHAWAN ONLINE (Q4 2019) - TUNETALK

Nama       : AZIZAH BT MASRI

Umur       : 42 Tahun

Ahli          : MEI 2019 

Latar belakang

Cik azizah merupakan anggota sukarela Angkatan Pertahanan Awam(APM). Selain menjadi anggota sukarela APM beliau juga membuat perniagaan online dengan menjual simkad Tunetalk.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum menggunakan ICT dia hanya membuat jualan berdasarkan permintaan pelanggan melalui no telefon. Dan tidak mahir mempromosikan perkhidmatan simkad Tunetalk melalui laman sosial.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT dan penglibatan dalam menghadiri kelas keusahawanan di PI, beliau sudah pandai mempromosikan secara terbuka. Kini ramai yang sudah mula mengenali perniagaan simkad beliau. Selain itu Cik Azizah juga sering mengaktifkan diri dengan mengadakan pameran booth di setiap majlis yang dianjurkan.

 

 

USAHAWAN KECIL PRODUK KECANTIKKAN DAN KESIHATAN

Nama  : Muhammad Shafawie Bin Musa

Umur   : 29 Tahun

Ahli      : 2017

Latar belakang

En.Muhammad Shafawie adalah seorang usahawan kecil-kecilan yang berasal dari Batu Kurau,Perak. Beliau berjaya mengeluarkan body serum yang pertama di Malaysia di mana serum tersebut boleh membakar lemak di badan. Beliau mendapat idea untuk membantu masyarakat dalam menurunkan lemak badan kerana beliau merupakan salah seorang ahli di sebuah gym di Taiping,Perak.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI1M

Sebelum ini, En.Muhammad Shafawie tiada belajar apa-apa mengenai ilmu menguruskan perniagaan dan cara-cara untuk mempromosikan produk beliau. Beliau hanya mempromosikan produk disekitar kawasan tempat tinggal beliau sahaja.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang diadakan oleh Pusat Internet 1 Malaysia PPR Simpang Perdana, beliau kini telah memiliki akaun facebook page sendiri di mana beliau dapat mempromosikan produk tersebut. Pelanggan beliau juga makin meningkat kerana terdiri dari seluruh negeri kerana produk tersebut telah melalui iklan-iklan di facebook page.

 

 

 

 

 

BELAJAR INTERNET, MENAIP

Nama  : Rosiah Binti Itam

Umur   : 54 Tahun

Ahli      : 2017

 

 

Latar belakang

Puan Rosiah merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau tidak mempunyai asas dalam bidang ICT. Beliau perlu meminta pertolongan ahli keluarga,anak-anak dan rakan-rakan untuk membuat sesuatu yang menggunakan ICT seperti menaip surat dan sebagainya.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI1M

Sebelum mengikuti kelas yang dianjurkan oleh pusat internet, segala urusan seperti membuat surat dilakukan secara bertulis/manual.Selain itu,beliau juga tidak cekap untuk menggunakan sistem online seperti facebook,google,youtube dan lain-lain.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI1M

Dengan adanya penubuhan Pusat Internet 1 Malaysia ini,kini beliau sudah mampu menggunakan perisian seperti Microsoft word untuk menaip surat,mempelajari pelbagai masakan menerusi youtube dan juga berkongsi resepi di ruangan facebook.