Tarikh      : 12 Julai 2019
Masa       : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi     : Pusat Internet PPR Simpang Perdana
Peserta   : 3 orang

 

 

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk memberi peluang kepada peserta mempelajari cara-cara untuk memuatnaik produk jualan mereka. Selain itu,mereka juga dapat melihat pelbagai jenis produk keluaran penjual yang lain.

Aktiviti

Kelas ini dihadiri oleh 3 orang peserta dari sekolah rendah. Petugas menunjukkan beberapa cara untuk memasukkan produk ke dalam dashboard (myshop) dan pada masa yang sama juga petugas menunjukkan beberapa jenis produk keluaran yang lain.

Gambar Disini

 

Tarikh      : 07 Julai 2019
Masa       : 3.30 petang - 5.30 petang
Lokasi     : Pusat Internet PPR Simpang Perdana
Peserta   : 6 orang

 

 

Tujuan

Kelas kuiz online Kahoot ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada peserta untuk menunjukkan bakat dan kepekaan peserta terhadap soalan-soalan yang diberi.

Aktiviti

Kelas ini dihadiri seramai 6 orang peserta terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan juga rendah. Petugas memberi beberapa soalan dan memerlukan peserta menjawab dengan masa yang diberi.

Gambar Disini

Tarikh      : 17 April 2019
Masa       : 3.30 petang - 5.30 petang
Lokasi     : Pusat Internet PPR Simpang Perdana
Peserta   : 6 orang

 

 

Tujuan

  • Kelas e-learning ini diadakan untuk memupuk minat sukakan matapelajaran matematik. Peserta dapat meningkatkan ilmu pengetahuan masing-masing.

 

Aktiviti

  • Kelas ini dihadiri seramai 6 orang peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Petugas memberikan sedikit penerangan kepada peserta. Peserta perlu menjawab soalan matematik yang diberi.

 

Gambar Disini

Tarikh      : 05 Julai 2019
Masa       : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi     : Pusat Internet PPR Simpang Perdana
Peserta   : 6 orang

 

 

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk meningkatkan tahap penggunaan komputer di kalangan peserta. Selain itu,memberi peluang kepada para peserta untuk bermain permainan pendidikan menggunakan komputer.

Aktiviti

Kelas ini telah dihadiri seramai 6 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Petugas memberikan satu permainan pendidikan dan memerlukan peserta menjawab dan menyelesaikan permainan tersebut dengan masa yang telah diberi.

Gambar Disini

Tarikh      : 14 April 2019
Masa       : 2.30 petang - 5.30 petang
Lokasi     : Pusat Internet PPR Simpang Perdana
Peserta   : 7 orang

 

 

Tujuan

  • Kelas Multimedia Video (Origami) ini diadakan untuk meningkatkan tahap kreativiti peserta dengan membuat origami melalui video yang telah disediakan.

 

Aktiviti

Kelas Multimedia Video (Origami) ini dihadiri seramai 7 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Petugas menunjukkan beberapa contoh video cara membuat origami dan peserta perlu membuat origami seperti yang ditunjukkan di dalam video.

Gambar Disini