Tarikh      : 08 September 2019
Masa       : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi     : Pusat Internet PPR Simpang Perdana
Peserta   : 13 orang

 

 

Tujuan

Kelas origami ini diadakan untuk memberi peluang kepada peserta untuk menunjukkan bakat masing-masing dengan membuat origami.

Aktiviti

Kelas ini dihadiri seramai 13 orang peserta terdiri daripda pelajar sekolah menengah dan rendah. Petugas menunjukkan video cara untuk membuat origami sambil diikuti oleh peserta.

Gambar Disini

 

Tarikh      : 06 September 2019
Masa       : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi     : Pusat Internet PPR Simpang Perdana
Peserta   : 7 orang

 

 

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk memberi peluang kepada peserta untuk lebih mengenali perkakasan komputer serta cara-cara penggunaan.

Aktiviti

Kelas ini dihadiri seramai 7 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Petugas memberi penerangan dan menunjukkan beberapa contoh gambar perkakasan komputer yang selalu digunakan dan jarang digunakan kepada peserta. Petugas juga memberikan sedikit kuiz kepada peserta mengenai perkakasan komputer.

Gambar Disini

Tarikh      : 14 Julai 2019
Masa       : 4.00 petang - 6.00 petang
Lokasi     : Pusat Internet PPR Simpang Perdana
Peserta   : 7 orang

 

 

Tujuan

Kelas microsoft word (surat kiriman rasmi) ini diadakan untuk mengajar peserta membuat surat kiriman rasmi menggunakan komputer dengan mengikut format yang betul.

Aktiviti

Kelas ini dihadiri seramai 7 orang yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah yang akan mengambil ujian UPSR. Petugas memberi penerangan mengenai format untuk membuat surat kiriman rasmi yang betul. Peserta perlu menaip surat kiriman rasmi dengan mengikut tajuk yang diberikan.

Gambar Disini

Tarikh     : 01 Ogos 2019
Masa      : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi    : Pusat Internet PPR Simpang Perdana
Peserta  : 6 orang

 

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk memberi peluang kepada peserta untuk bermain permainan yang berunsurkan pendidikan menggunakan komputer. Permainan pendidikan ini melibatkan bahasa inggeris dimana peserta dapat mempelajari bahasa inggeris dengan lebih mudah dan senang difahami.

Aktiviti

Kelas ini dihadiri seramai 6 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah . Petugas memberi sedikit penerangan kepada peserta mengenai cara untuk bermain permainan yang melibatkan bahasa inggeris. Peserta perlu menjawab soalan yang diberi di dalam permainan tersebut.

Gambar Disini

Tarikh      : 12 Julai 2019
Masa       : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi     : Pusat Internet PPR Simpang Perdana
Peserta   : 3 orang

 

 

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk memberi peluang kepada peserta mempelajari cara-cara untuk memuatnaik produk jualan mereka. Selain itu,mereka juga dapat melihat pelbagai jenis produk keluaran penjual yang lain.

Aktiviti

Kelas ini dihadiri oleh 3 orang peserta dari sekolah rendah. Petugas menunjukkan beberapa cara untuk memasukkan produk ke dalam dashboard (myshop) dan pada masa yang sama juga petugas menunjukkan beberapa jenis produk keluaran yang lain.

Gambar Disini