USAHAWAN KECIL PRODUK KECANTIKKAN DAN KESIHATAN

Nama  : Muhammad Shafawie Bin Musa

Umur   : 29 Tahun

Ahli      : 2017

Latar belakang

En.Muhammad Shafawie adalah seorang usahawan kecil-kecilan yang berasal dari Batu Kurau,Perak. Beliau berjaya mengeluarkan body serum yang pertama di Malaysia di mana serum tersebut boleh membakar lemak di badan. Beliau mendapat idea untuk membantu masyarakat dalam menurunkan lemak badan kerana beliau merupakan salah seorang ahli di sebuah gym di Taiping,Perak.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI1M

Sebelum ini, En.Muhammad Shafawie tiada belajar apa-apa mengenai ilmu menguruskan perniagaan dan cara-cara untuk mempromosikan produk beliau. Beliau hanya mempromosikan produk disekitar kawasan tempat tinggal beliau sahaja.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang diadakan oleh Pusat Internet 1 Malaysia PPR Simpang Perdana, beliau kini telah memiliki akaun facebook page sendiri di mana beliau dapat mempromosikan produk tersebut. Pelanggan beliau juga makin meningkat kerana terdiri dari seluruh negeri kerana produk tersebut telah melalui iklan-iklan di facebook page.