BELAJAR INTERNET, MENAIP

Nama  : Rosiah Binti Itam

Umur   : 54 Tahun

Ahli      : 2017

 

 

Latar belakang

Puan Rosiah merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau tidak mempunyai asas dalam bidang ICT. Beliau perlu meminta pertolongan ahli keluarga,anak-anak dan rakan-rakan untuk membuat sesuatu yang menggunakan ICT seperti menaip surat dan sebagainya.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI1M

Sebelum mengikuti kelas yang dianjurkan oleh pusat internet, segala urusan seperti membuat surat dilakukan secara bertulis/manual.Selain itu,beliau juga tidak cekap untuk menggunakan sistem online seperti facebook,google,youtube dan lain-lain.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI1M

Dengan adanya penubuhan Pusat Internet 1 Malaysia ini,kini beliau sudah mampu menggunakan perisian seperti Microsoft word untuk menaip surat,mempelajari pelbagai masakan menerusi youtube dan juga berkongsi resepi di ruangan facebook.