Tarikh      : 15 Oktober 2023
Masa       : 9.30 pagi - 1.00 petang
Lokasi     : PEDi Batu Kurau
Peserta   : 40 orang

 

Tujuan

          • Mengadakan Hari Sukan Negara di PEDi Batu Kurau.

 

Aktiviti

Program ini diadakan bertujuan untuk melibatkan golongan belia serta kanak-kanak melibatkan diri sempena Hari Sukan Negara. Program ini disertai seramai 40 orang peserta, Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah menjawab kuiz, aktiviti mewarna, E-sport fifa serta membuat tangan robotik.

Gambar di sini

Tarikh      : 13 Oktober 2023
Masa       : 3.30 petang - 5.30 petang
Lokasi     : Pusat Internet PPR Simpang Perdana
Peserta   : 5 orang

 

Tujuan

          • Membuat aktiviti sains menarik bersama peserta.

 

Aktiviti

Kelas ini dihadiri oleh 5 orang peserta. Petugas mempertontonkan youtube kepada peserta cara-cara membuat kapal selam dan dimasukkan kedalam botol. Petugas menyediakan bahan-bahan yang diperlukan bagi melaksanakan aktiviti ini. Setelah menonton, petugas mengedarkan bahan-bahan dan membantu peserta membuat aktiviti tersebut.

Gambar di sini

Tarikh      : 06 Oktober 2023
Masa       : 3.30 petang - 5.00 petang
Lokasi     : Pusat Internet PPR Simpang Perdana
Peserta   : 2 orang

 

Tujuan

          • Kelas ini diadakan bertujuan untuk melatih peserta mengunakan aplikasi Mocrosoft Word.

 

Aktiviti

Kelas ini dihadiri oleh 2 orang peserta. Petugas memberikan contoh pantun kanak-kanak kepada peserta. Setelah memberikan cara-cara bagaimana untuk membuka aplikasi Microsoft Word, petugas meminta peserta untuk menaip pantun kanak-kanak yang diberi. Ini dapat meningkatkan kemahiran menaip dikalangan peserta.

Gambar di sini

Tarikh      : 08 Oktober 2023
Masa       : 10.30 pagi - 11.30 pagi
Lokasi     : Pusat Internet PPR Simpang Perdana
Peserta   : 2 orang

 

Tujuan

          • Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk melatih peserta menggunakan internet serta komputer.

 

Aktiviti

Aktiviti ini dihadiri oleh 2 orang peserta. Peserta menggunakan aplikasi google maps untuk meneroka tempat-tempat di dalam serta di luar negara. Antara tempat yang di google oleh peserta ialah negara Brazil serta Kuala Lumpur.

Gambar di sini

Tarikh      : 26 Sept 2023
Masa       : 4.00 petang - 5.30 petang
Lokasi     : Pusat Internet PPR Simpang Perdana
Peserta   : 4 orang

 

Tujuan

          • Kelas ini diadakan bertujuan untuk melatih peserta menggunakan internet serta komputer.

 

Aktiviti

Kelas ini dihadiri oleh 4 orang peserta. Kelas ini diadakan bertujuan untuk melatih peserta menggunakan internet serta komputer. Petugas terlebih dahulu membuka laman web yang dikehendaki seterusnya meminta peserta untuk membuka laman web tersebut. Petugas meminta peserta untuk memilih gambar yang ada didalam aplikasi online cocouring tersebut. Seterusnya petugas meminta peserta untuk mewarnakan gambar tersebut mengikut kreativiti peserta.

Gambar di sini