photo_2020-05-14_12-53-23.jpg

 

Kadar kesembuhan bagi statistik COVID-19 dunia hari ini ialah 35.52% atau 1,540,464 kes, kenaikan sebanyak 0.66% berbanding semalam iaitu 34.86%.

Bagi kadar kematian dunia pada hari ini ialah 6.83% atau 296,252 kes, penurunan sebanyak 0.02% berbanding semalam 6.85%.

 

Imej mungkin mengandungi: teks

 

Elakkan diri daripada terlibat dengan sebarang bentuk perhimpunan sebagai Normal Baharu kehidupan seharian.

#COVID19
#StayAtHome
#MovementControlOrder
#PerintahKawalanPergerakan
#KitaMestiMenang

Sumber : Jabatan Penerangan Malaysia

 

 

Menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar Putrajaya (JPVP):

Orang ramai tidak perlu panik atau bimbang dengan berita tular di media sosial mendakwa ayam yang dibeli di pasar raya menjadi `ejen’ pembawa virus Covid-19 dan boleh membahayakan nyawa.

Ayam ternakan tidak boleh dijangkiti virus Covid-19, walaupun pekerja kilang berkenaan atau mereka yang mengurus atau memproses ayam mempunyai kontak Covid-19.

Jurucakap jabatan itu berkata, virus covid-19 juga tidak mampu bertahan lama pada daging ayam sekiranya pekerja syarikat ayam terbabit disahkan positif Covid-19.

Katanya, dalam proses penyembelihan dan pemprosesan yang dilakukan terhadap ayam, virus Covid-19 yang mungkin ada pada ayam akan mati dan ayam berkenaan selamat dimakan.

SUMBER:

Harian Metro

 

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, teks yang berkata 'Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ATM KETUAI PASUKAN KHAS KAWAL 'LORONG TIKUS' yang Kerajaan menubuhkan pasukan diketuai Angkatan Tentera Malaysia mengawal kemasukan warga asing yang pasti. Beberapa kawasan dijadikan lorong tikus telah dikenal antaranya di barat, pantai Sabah Sarawak. 'lorong tikus' Pasukan khas ini mengawal pintu masuk yang tidak rasmi (lorong tikus) secara bersepadu. juga sempadan ini akan supaya kawalan tersusun. Polisi jelas, menutup pintu negara kita warga asing, boleh masuk negara kita hanya rakyat Malaysia, perlu menjalani kuarantin secara wajib. " DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB Menteri Pertahanan Malaysia InfografikMKN'

 

Kerajaan telah menubuhkan satu pasukan petugas khas (Special Task Force) yang diketuai oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi mengawal kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini melalui lorong tikus.

Pasukan ini turut dianggotai oleh semua agensi beruniform. Kerajaan kini telah menyatukan pasukan khas dan aset yang sedia ada untuk mengawal sempadan negara dengan lebih tersusun dalam menangani masalah PATI.

#PATI
Markas Angkatan Tentera Malaysia
Jabatan Imigresen Malaysia
Kementerian Pertahanan Malaysia
Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Jabatan Perdana Menteri