photo_2020-05-03_09-42-22.jpg

 

Susulan lengkung yang telah diratakan, hospital KKM kini mempunyai lebih banyak kapasiti dalam merawat lebih ramai pesakit COVID-19, sekiranya diperlukan.

Misalnya, kadar keseluruhan bagi penggunaan katil di 40 buah
hospital yang dikhususkan bagi perawatan #COVID19 dan 26

pusat rawatan COVID-19 berisiko rendah (hospital extension centres) adalah 17%.

Selain itu, kadar penggunaan bagi katil Unit Rawatan Rapi (ICU) yang dikhususkan untuk pesakit disyaki dan disahkan positif COVID-19 adalah 7% (iaitu 31 buah daripada jumlah 422 buah).

Penggunaan alat bantuan pernafasan (ventilator) pula adalah hanya 1% (iaitu 12 buah daripada jumlah 1,059 buah).