94883715_3585434918149605_5812829135206088704_n.jpg

 

#COVID-19

DAFTAR APLIKASI GERAK MALAYSIA DI TELEFON BIMBIT ANDA

Aplikasi Gerak Malaysia dibangunkan bagi memudahkan urusan permohonan untuk mendapatkan permit pergerakan rentas negeri yang dibuat secara dalam talian.

Ia dapat mengelakkan orang ramai daripada terpaksa keluar rumah untuk membuat permohonan di balai polis, sekali gus mengurangkan risiko jangkitan dan penularan wabak COVID-19.

Aplikasi tersebut boleh dimuat turun melalui 'application store' seperti 'Google Play Store', 'Apple App Store' dan 'Huawei App Galery'.

Ikuti langkah-langkah bagaimana mendaftar untuk mendapatkan permit pergerakan rentas negeri melalui perkongsian infografik ini.

Ingat! Permohonan ini untuk mereka yang terkandas di kampung halaman, sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan pada 18 Mac lalu dan yang ingin pulang ke kediaman sendiri atau tempat bekerja.

Sumber Infografik : BERNAMA

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN



#KomunikasiKita ⁣
#COVID19 ⁣
#KitaMestiMenang ⁣
#DudukRumah
#KitaTeguhKitaMenang