Izy Food Truck Kuala kangsar ( Laksa Pak Ngah dan Cendol)

 

Perniagaan makanan ini terletak di Simpang, Taiping berhadapan dengan Pasaraya Long Wan Simpang. Perniagaan dijalankan menggunakan lori yang dijadikan sebagai gerai. Laksa yang di jual oleh keluarga Pak Ngah ini diperbuat dari tepung. Laksa ini telah dibungkus siap dalam peket yang berharga rm3.00 hinggalah ke peket besar rm20.00. Harganya mengikut berat laksa dari 100 gram hingga 10 kilogram. Pengunjung boleh memilih samada ingin menikmati laksa ini di sini atau bungkus. Antara menu lain yang terdapat di sini ialah Char Kuew Tiaw, Cendol, Mee Rebus, minuman sejuk dan panas.

 

                                                             Lokasi Gerai

 

 

 makanan

                                                       Senarai  makanan dan harga

 

 

Restoran Ansari Cendol 

Restoran Ansari Cendol terletak di Pekan Simpang berhadapan dengan lampu isyarat Simpang. Restoran ini sering dikunjungi oleh penggemar cendol kerana kenakan rasa cendol yang lemak dan pelbagai perisa.

kedaicendol

cendolAnsari cendolmangkuk

 

 

Superghh Sup Herba

Kedai Superghh Sup Herba ini sangat terkenal di Simpang. Lokasi kedai ini terletak di R&R Simpang, berhadapan jalan utama dan jalan masuk ke Pusat Internet 1Malaysia PPR Simpang Perdana.

makanansupherba 

Alamat : Jalan Simpang, Taman Sri Hijau, 34000 Taiping, Perak.
No.Telefon :+60 19-208 0754

 

 

Mee Udang Kuala Sepetang

Sekiranya berkunjung ke kawasan Kuala Sepetang bolehlah mencuba keenakan rasa Mee Udang. Mee udang di sini terkenal dengan keenakan rasa udang segar dari laut dan saiznya yang agak besar. Terdapat banyak deretan gerai di Kuala Sepetang yang menyediakan menu Mee Udang ini bagi menampung pelanggan yang ramai terutamanya di hujung minggu, musim cuti sekolah dan perayaan.

gerai

Alamat: Mee Banjir Udang Mak Teh, Batu 91/4, Jalan Matang, Kampung Tebuk, 34750 Matang,Taiping, Perak.

 

 

Gerai Kak Midah (Kedai RM3) 

Gerai Kak Midah menyediakan Nasi Campur bersama lauk-pauk untuk makan tengahari seawal jam 10 pagi. Gerai ini merupakan kediaman Kak Midah sendiri yang mana ruang beranda di bahagian depan di jadikan sebagai tempat makan pengunjung yang datang untuk menjamu selera. Pengunjung boleh menikmati juadah tengahari seperti makan di rumah sendiri. Harga yang dikenakan sangat murah iaitu RM3 setiap seorang. Penduduk disini lebih mengenali kedai ini dengan nama Kedai RM3. Kak Midah akan menghidangkan pelbagai jenis lauk bersama dengan nasi dan air. Semua ini hanya untuk RM3 sahaja. Menu yang disediakan adalah dari jenis makanan kampung,ikan dan juga ayam. Menu yang disediakan setiap hari adalah berlainan. 

Antara menu yang dihidangkan di Gerai Kak Midah.

 

menu