Pusat Internet PPR Simpang Perdana mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung yang sudi melayari laman portal ini. Anda dijemput dan sangat dialu-alukan untuk ke Pusat Internet PPR Simpang Perdana. Pusat Internet merupakan satu projek kerajaan dengan inisiatif oleh Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) dengan kerjasama oleh Telekom Malaysia (TM) dan MSD  Digital Intelligence Sdn Bhd. Projek ini bermatlamat untuk memberikan perkhidmatan seperti kemudahan Internet, sesi pembelajaran, percetakan, photostat dan sebagainya kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

Pusat internet (PI) PPR simpang Perdana adalah salah satu projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Projek pusat Internet Fasa Urban ini dibangunkan dikawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan pinggir bandar bagi menyediakan kemudahan asas komputer dan perkhidmatan jalur lebar kepada penduduk setempat. Pusat ini jjuga dapat membantu meningkatkan taraf eknonomi dan sosial masyarakat melalui pelbagai kemudahan teknologi yang di sediakan dan dilaksanakan di Pusat Internet. Proses ini mampu merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

4

3

Pusat Internet juga memastikan komuniti luar bandar dapat meningkatkan taraf sosial dan ekonomi dari sektor perniagaan dan keusahawanan berdasarkan kursus yang diberi kepada komuniti, Para pelajar juga mendapat kebaikan daripada kemudahan asas IT dan penyambungan internet bagi memudahkan maklumat dicari, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer dari segi sektor keusahawanan dan pembelajaran IT kepada semua lapisan umur termasuklah warga emas & OKU (orang kurang upaya)

 

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar.