94267495_3174053895938229_8296909576352038912_o.jpg

 

#COVID-19

KERATAN AKHBAR PILIHAN: BUKAN KEBENARAN BALIK KAMPUNG

Putrajaya, 27 April 2020 - "Tiada pergerakan dibenarkan terhadap mana-mana individu untuk pulang ke kampung mulai 1 Mei ini," kata Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau menjelaskan, sebaliknya tarikh itu adalah tempoh pendaftaran akhir aplikasi Gerak Malaysia bagi individu yang membuat permohonan untuk pulang ke kediaman masing-masing.

“Saya ingin memperbetulkan sedikit kekeliruan semalam bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan tarikh 1 hingga 3 Mei untuk dibenarkan pergerakan.

“Sebenarnya seperti yang saya sebutkan sehingga 1 Mei adalah tempoh pendaftaran aplikasi Gerak Malaysia dan bagi siapa yang tiada aplikasi itu boleh melaporkan di balai terdekat melalui temujanji,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di sini semalam.

Rabu lalu, kerajaan memaklumkan individu berada di kampung dan ingin pulang ke kediaman masing-masing perlu membuat permohonan dan pendaftaran kepada polis bermula Jumaat lalu.

Dato’ Sri Ismail Sabri berkata, selepas mendapat maklumat dan data diperoleh daripada permohonan orang ramai, Majlis Keselamatan Negara (MKN), polis dan Kementerian Kesihatan akan membincangkan prosedur operasi standard (SOP).

Bacaan lanjut di keratan akhbar Berita Harian seperti berikut.

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

94883715_3585434918149605_5812829135206088704_n.jpg

 

#COVID-19

DAFTAR APLIKASI GERAK MALAYSIA DI TELEFON BIMBIT ANDA

Aplikasi Gerak Malaysia dibangunkan bagi memudahkan urusan permohonan untuk mendapatkan permit pergerakan rentas negeri yang dibuat secara dalam talian.

Ia dapat mengelakkan orang ramai daripada terpaksa keluar rumah untuk membuat permohonan di balai polis, sekali gus mengurangkan risiko jangkitan dan penularan wabak COVID-19.

Aplikasi tersebut boleh dimuat turun melalui 'application store' seperti 'Google Play Store', 'Apple App Store' dan 'Huawei App Galery'.

Ikuti langkah-langkah bagaimana mendaftar untuk mendapatkan permit pergerakan rentas negeri melalui perkongsian infografik ini.

Ingat! Permohonan ini untuk mereka yang terkandas di kampung halaman, sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan pada 18 Mac lalu dan yang ingin pulang ke kediaman sendiri atau tempat bekerja.

Sumber Infografik : BERNAMA

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN



#KomunikasiKita ⁣
#COVID19 ⁣
#KitaMestiMenang ⁣
#DudukRumah
#KitaTeguhKitaMenang

 

 

94187326_2578997562361571_5408848862146199552_n.jpg

Minta perhatian Warga PPR Simpang Perdana.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Pusat Internet PPR Simpang Perdana berterusan ditutup buat sementara waktu sehingga 12hb Mei 2020 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan telah dilanjutkan.

 

 

photo_2020-04-26_07-06-47.jpg

 

Status COVID-19 di Malaysia, 25 April

Walaupun terdapat penurunan kes baharu, namun masih terdapat segelintir masyarakat yang ingkar kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mohon untuk tidak alpa dan ambil mudah terhadap nasihat KKM.